Monday, 3 November 2014
Kemana Membawa Lara Hati...
Setiap isteri memang mahukan kebahagiaan dalam perkahwinannya namun kita sebagai manusia tidak ada yang akan terlepas dari ujian samada dari segi kesempitan atau kemudahan dalam hidup. Apa yang wanita harapkan dari si suami yang telah dikahwini secara rela hati? Pastilah tunjuk ajar agar membimbingnya agar menjadi isteri yang solehah..anak-anak yang cerdik agama namun lelaki atau suami zaman sekarang yang diidamkan seolah pupus...pilihlah yang beragama insyaallah selamat namun jika itu jodohnya...layankan sahaja ketentuaNya...mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu tersembunyi disebaliknya...sabar adalah jambatan kejayaan namun sabarlah sifat terpuji yang amat payah kita jangkakan hayatnya
Semua isteri mahu rasa dihargai..disayangi..dihormati..dilindungi namun memang rezki koranglah sapa yang dapat mcm tu...sapa yang tak dapat...apa mau buat? Tukarlah arah cintamu kepada cintaiNya..nescaya kita akan dapat semua yang kita nak kerana cinta dunia adalah pinjaman semata...cinta akhirat adalah sempurna dan kekal..lumrah manusia memerlukan cinta manusia kerana dengan itu hidup kita akan lebih bersemangat dan gembira....tak semua yang kita nak akan dapat kerana kita bukan penentu hidup..Dialah pengatur hebat dunia dan akhirat...taatlah kepadaNya dan rasulNya...susah nak buat...memang susah tp istiqamah..insyaallah dan serahlah diri bulat2 kepadaNya
Wanita pilihan lelaki
http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/03/tanda-tanda-sifat-wanita-baik-solehah.html
Aku masih tidak tergolong di dalam tanda2 tersebut...masih mencuba utk menjadi top ten kot...
Aku masih tidak tergolong di dalam tanda2 tersebut...masih mencuba utk menjadi top ten kot...
Aku tidak melangkah pergi namun aku telahpun berlari
![]() |
| Tidak berlari tidak semestinya aku tidak pergi |
Sebagai manusia kita berhak memilih..bahagia atau derita..namun caranya bagaimana? Solat isthikarah adalah jalan terbaik...kadang peristiwa yang berlaku di sekeliling kita telahpun menunjukkan apa yg patut kita buat atau petunjuk dariNya membuatkan jalan hidup kita mudah untuk memilih yang mana.
Aku keliru...betulkah aku berada di tempatnya...haruskah aku ada di sini...bolehkah aku teruskan perjalanan ini...aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ni...terusan aku mohon petunjuk namun Dia masih slowly beri apa yang aku minta akibatnya aku harus bersabar sehingga Dia melabuhkan pemberianNya. Aku ingin berlari sebenarnya dari semua ini namun nama pun makhlukNya..mana lagi aku nak lari...aku pernah berlari dulu dan aku mengharunginya dengan penat dan sesak nafas tapi aku tawakkal padaNya...alhamdulillah..aku berjaya..aku tenang dengan rutin harianku...amalanku semakin bertambah baik...sesungguhnya aku tenang namun Allah berikannya sekejap sahaja kerana ujianku datang lagi...wow..manusia mcm aku ni selalu diuji tapi aku yang tak sabarDia berikan aku ujian lagi...aduh...aku seolah terduduk buat kali kedua...merangkak lagi membaca aturanNya...apa yg patut aku buat..aku telah tersalah pilih ke...camne ni....Allah bantulah aku...hamba yang hina ini...sentiasa melanggar perintahMu...Dia tak kedekut...ada je Dia bagi..ujian dan hikmah tapi aku ni selalu lupa...cantik Dia menyusun takdirku...indah sungguh aturanNya...dan sekali lagi aku cuba berlari sekencang yang boleh namun Dia tau..Maha Tahu...aku tak terlepas kali ni..masih mengharapkan belas kasihanNya
Friday, 18 July 2014
Thursday, 17 July 2014
Biarkan ia berlalu pergi...
Kenapa hati ini terasa mahu lari dari realiti di depan mata..kenapa diri ini terasa sedih dengan permainan hidup yang tidak pasti sampai bila.
Adakah aku akan lebih tenang tanpa realiti tersebut...ciptaan Allah yang telah membuatkan aku rasa lebih terpuruk dan merunduk kepadaNya...walaupun begitu aku masih rasakan bahawa aku perlu lakukan sesuatu untuk perubahan yang lebih positif...merayu..memohon kepadaNya masih tidak putus namun apakan daya..aku insan yang masih keliru membezakan yang mana lurus yang mana hasutan syaitan....Allahu Akbar
Pandangan..nasihat...sokongan semua kata-kata murni yang dilemparkan oleh rakan taulan memang tidak putus...seperti ada yang faham dan seperti ada yang putus asa dengan tadbirku...tadbir mengatasi takdir...itulah yang aku fahamkan sekarang ini
Perlukan aku berterus terang apa yang tersimpan di dalam hati ini...telah ku peram lama takut menjadi nanah ..masih ku cuba untuk melontarkannya ke sudut yang paling dalam di daerah hati ini ...dapat ku rasakan taman hatiku semakin suram kerana aku yang menciptanya begitu..bagaimana lagi harus ku perjuangkan agar taman itu segar...indah semula seperti sebelum ini. Aku umpama mujahid yang sedang bermujahadah di medan tempur yang aku sendiri tidak tahu penghakhirannya..berjayakah aku berjuang tanpa kelengkapan asas..hanya Dia yang tahu masa depanku ..hanya Dia yang merencanakan apa yang akan berlaku...segalanya Dia yang menentukan perjalanan hidupku.
Merenung masa depan...adakah aku masih di pelantar harapan menanti kedatangan sesuatu yang tak pasti kunjung tiba agar taman hatiku berubah dipenuhi dengan kewangian dan keindahan...aku masih mencari sisa kekuatan dalam diri agar tidak terjunam ke dasar lautan...melayang ditiup angin waktu tanpa henti...sampai bila hendak memaksa diri kerana orang lain yang belum tentu tau siapa dirinya dalam hidupku..aku kah yang kecundang kerana pengorbanan yang aku sendiri rasa berjaya atau tidak ditakrifkan seperti serikandi2 islam yang lain...wallahualam

Monday, 16 June 2014
Pagi ini semasa tengah memanaskan enjin kereta..aku terpaku dengan satu kejadian di depan mataku sendiri...begitu khusyuk sehingga aku lupa untuk merakamkan kebesaranNya. Ada orang berkata...cara pokok berzikir adalah dengan menggoyangkan dahan or daunnya...wallahualam tapi apapun aku amat bersyukur kerana seawal pagi Allah telah menyejukkan hatiku dengan menyaksikan kehebatanNya sebagai Pencipta. Daun keladi berzikir..subhanallahhh...aku memerhatikan daun2 lain or pokok2 lain kerana takut aku berhalusinasi..sememangnya yang lain bergoyang namun tak serancak si daun keladi ini..begitu rancak dan khusyuknya dia memuji Allah dan aku plak terpaku memandang macam dapat tengok lelaki paling hensem di dunia..Allahu Akbar.
Malam harinya aku telah bergundah gulana namun Allah telah menceriakan pagiku dan meninggalkan kenangan yang sungguh indah dalam lipatan ingatan..dapat menyaksikan si daun yang berzikir seolah kepala manusia yang sedang berdikir ke kiri ke kanan...alhamdulillah..indahnya...apabila ku khabarkan kepada teman-teman ada yang mengatakan aku dapat makrifat...apapun terima kasih Ya Allah...Kau sememangnya menjagaku dan mengasihiku...aku dilukai manusia dan Kau menyembuhkannya dengan kasih sayangMu yang kekal..bertuahnya pacal yang hina ini mendapat perhatianMu seawal pagi Selasa 17 Jun 2014..aku bukan manusia hebat kerana dapat menyaksikan kejadianNya namun itu adalah peringatan bahawa aku kurang mengingati Allah...Allahhhhh....

Wednesday, 21 May 2014
Cintailah Dia semahumu
Sebut pasal cinta....macam2 definisi kita boleh buat tapi adakah 'cinta' kita itu akan membawa kita ke satu daerah yang paling selamat? Manusia perlukan cinta tapi cinta apa? Aku cuba serapkan dalam diri ini supaya mencintai Dia lebih dari segala-galanya, kemudian cintai Muhammad dan barulah mencintai 'cintaku' . Tak semua orang mampu buat begini tapi paksakan diri agar dikemudian hari tidak terasa sakitnya ditinggalkan 'cintamu'. Orang yang beriman adalah orang yang redha dengan segala ketentuanNya namun untuk redha adalah satu perkara yang mustahil kerana kita sebagai manusia selalu mempersoalkan tugas Dia sebagai Pencipta.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Ayat di atas boleh diamalkan sebagai doa, salah satu jalan memohon pertolongan dariNya agar dipermudahkan segala urusan. Selalu aku terbaca ayat begini...jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Dia pasti akan menjaga kita. Aku terfikir semula..menjaga bagaimana? Banyak cara sebenarnya..salah satu adalah solat...itu adalah cara kita menjaga hubungan dengan Sang Pencipta..sentiasa ingat padaNya walaupun dengan ucapan 'alhamdulillah'. Bagaimana pula Dia menjaga kita? Nah...satu soalan yang aku sendiripun susah nak jawab namun aku telah merasa penjagaanNya memang sempurna...senang bercakap kan tapi itulah hakikatnya. Banyak cara Dia tunjukkan 'cintanya' kepada kita tapi kita sering menolak, memikirkan bahawa Dia tak faham, Dia tak adil, Dia itu, Dia ini...kenapa..mengapa...sume jawapan tu ada dalam al-quran..kita je kena rajin menggali isinya.
Mehnah dariNya
Lamanya aku tak buat entri...banyak sangat pengalaman yang ku lalui kebelakangan ini....baru-baru ini aku terjumpa satu blog dan melompat ke satu blog lagi yang akhirnya ku kenali sebagai salah seorang penulis terkenal..ustaz pahrol
Banyak entrinya yang aku baca amat mengesankan...genta-rasa.com
Sebagai umatnya..jika membaca sesuatu yang boleh mendatangkan kesan halus atau lebih dikenali sebagai 'keinsafan' adalah amat bertuah kerana rasa itu Allah yang hadirkan dalam hati supaya kita lebih mengingati Dia
Buat aku terfikir..berulang-ulang kali...setiap kejadian..setiap kata-kata yang telah disampaikan oleh keluarga, rakan2...setiap bacaan...ku kaitkan semula...kiranya aku tidak sesabar sehingga kini..apakah yang akan terjadi kepadaku..mungkinkah aku akan berada disini seperti sekarang aku atau sebaliknya..hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Monday, 24 March 2014
Monday, 17 March 2014
Kemarau...catuan air....hujan...MH370..masalah2 lain?
Entri kali ni..cuba tengok tajuk kat atas..sebagai umat Islam kita kena percaya dengan ketentuanNya namun perlukan usaha untuk mencapai matlamat selepas itu barulah berdoa agar Allah membantu dan memberkati apa yg kita usahakan. Jika kita menumpukan kepada permasalah itu sahaja..bagaimana dengan permasalahan yang lain? Allahhhh...kelalaian mmg amat disukai syaitonirojim...jadi kawan2..fikir-fikirkanlah dan renungkan
Thursday, 13 March 2014
Ahlan Wa Sahlan
Assalamualaikum w.b.h
Para sahabatku..sila berkongsi apa pun jua yang bermanfaat dlm blog ni...dialu-alukan....moga kita dapat pahalanya bersama-sama
Jazakallah
Para sahabatku..sila berkongsi apa pun jua yang bermanfaat dlm blog ni...dialu-alukan....moga kita dapat pahalanya bersama-sama
Jazakallah
Fynn Jamal - Arjuna Beta (Lyrics)
Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal
Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Subscribe to:
Posts (Atom)