Monday, 3 November 2014

Kemana Membawa Lara Hati...




Setiap isteri memang mahukan kebahagiaan dalam perkahwinannya namun kita sebagai manusia tidak ada yang akan terlepas dari ujian samada dari segi kesempitan atau kemudahan dalam hidup.  Apa yang wanita harapkan dari si suami yang telah dikahwini secara rela hati?  Pastilah tunjuk ajar agar membimbingnya agar menjadi isteri yang solehah..anak-anak yang cerdik agama namun lelaki atau suami zaman sekarang yang diidamkan seolah pupus...pilihlah yang beragama insyaallah selamat namun jika itu jodohnya...layankan sahaja ketentuaNya...mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu tersembunyi disebaliknya...sabar adalah jambatan kejayaan namun sabarlah sifat terpuji yang amat payah kita jangkakan hayatnya

Semua isteri mahu rasa dihargai..disayangi..dihormati..dilindungi namun memang rezki koranglah sapa yang dapat mcm tu...sapa yang tak dapat...apa mau buat? Tukarlah arah cintamu kepada cintaiNya..nescaya kita akan dapat semua yang kita nak kerana cinta dunia adalah pinjaman semata...cinta akhirat adalah sempurna dan kekal..lumrah manusia memerlukan cinta manusia kerana dengan itu hidup kita akan lebih bersemangat dan gembira....tak semua yang kita nak akan dapat kerana kita bukan penentu hidup..Dialah pengatur hebat dunia dan akhirat...taatlah kepadaNya dan rasulNya...susah nak buat...memang susah tp istiqamah..insyaallah dan serahlah diri bulat2 kepadaNya

No comments:

Post a Comment