Monday, 3 November 2014

Kelly Clarkson - Already Gone

Kemana Membawa Lara Hati...




Setiap isteri memang mahukan kebahagiaan dalam perkahwinannya namun kita sebagai manusia tidak ada yang akan terlepas dari ujian samada dari segi kesempitan atau kemudahan dalam hidup.  Apa yang wanita harapkan dari si suami yang telah dikahwini secara rela hati?  Pastilah tunjuk ajar agar membimbingnya agar menjadi isteri yang solehah..anak-anak yang cerdik agama namun lelaki atau suami zaman sekarang yang diidamkan seolah pupus...pilihlah yang beragama insyaallah selamat namun jika itu jodohnya...layankan sahaja ketentuaNya...mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu tersembunyi disebaliknya...sabar adalah jambatan kejayaan namun sabarlah sifat terpuji yang amat payah kita jangkakan hayatnya

Semua isteri mahu rasa dihargai..disayangi..dihormati..dilindungi namun memang rezki koranglah sapa yang dapat mcm tu...sapa yang tak dapat...apa mau buat? Tukarlah arah cintamu kepada cintaiNya..nescaya kita akan dapat semua yang kita nak kerana cinta dunia adalah pinjaman semata...cinta akhirat adalah sempurna dan kekal..lumrah manusia memerlukan cinta manusia kerana dengan itu hidup kita akan lebih bersemangat dan gembira....tak semua yang kita nak akan dapat kerana kita bukan penentu hidup..Dialah pengatur hebat dunia dan akhirat...taatlah kepadaNya dan rasulNya...susah nak buat...memang susah tp istiqamah..insyaallah dan serahlah diri bulat2 kepadaNya

Wanita pilihan lelaki

http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/03/tanda-tanda-sifat-wanita-baik-solehah.html

Aku masih tidak tergolong di dalam tanda2 tersebut...masih mencuba utk menjadi top ten kot...

Aku tidak melangkah pergi namun aku telahpun berlari

By RMJ
Tidak berlari tidak semestinya aku tidak pergi


















Sebagai manusia kita berhak memilih..bahagia atau derita..namun caranya bagaimana?  Solat isthikarah adalah jalan terbaik...kadang peristiwa yang berlaku di sekeliling kita telahpun menunjukkan apa yg patut kita buat atau petunjuk dariNya membuatkan jalan hidup kita mudah untuk memilih yang mana.

Aku keliru...betulkah aku berada di tempatnya...haruskah aku ada di sini...bolehkah aku teruskan perjalanan ini...aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ni...terusan aku mohon petunjuk namun Dia masih slowly beri apa yang aku minta akibatnya aku harus bersabar sehingga Dia melabuhkan pemberianNya.  Aku ingin berlari sebenarnya dari semua ini namun nama pun makhlukNya..mana lagi aku nak lari...aku pernah berlari dulu dan aku mengharunginya dengan penat dan sesak nafas tapi aku tawakkal padaNya...alhamdulillah..aku berjaya..aku tenang dengan rutin harianku...amalanku semakin bertambah baik...sesungguhnya aku tenang namun Allah berikannya sekejap sahaja kerana ujianku datang lagi...wow..manusia mcm aku ni selalu diuji tapi aku yang tak sabar

Dia berikan aku ujian lagi...aduh...aku seolah terduduk buat kali kedua...merangkak lagi membaca aturanNya...apa yg patut aku buat..aku telah tersalah pilih ke...camne ni....Allah bantulah aku...hamba yang hina ini...sentiasa melanggar perintahMu...Dia tak kedekut...ada je Dia bagi..ujian dan hikmah tapi aku ni selalu lupa...cantik Dia menyusun takdirku...indah sungguh aturanNya...dan sekali lagi aku cuba berlari sekencang yang boleh namun Dia tau..Maha Tahu...aku tak terlepas kali ni..masih mengharapkan belas kasihanNya