Monday, 3 November 2014

Kelly Clarkson - Already Gone

Kemana Membawa Lara Hati...




Setiap isteri memang mahukan kebahagiaan dalam perkahwinannya namun kita sebagai manusia tidak ada yang akan terlepas dari ujian samada dari segi kesempitan atau kemudahan dalam hidup.  Apa yang wanita harapkan dari si suami yang telah dikahwini secara rela hati?  Pastilah tunjuk ajar agar membimbingnya agar menjadi isteri yang solehah..anak-anak yang cerdik agama namun lelaki atau suami zaman sekarang yang diidamkan seolah pupus...pilihlah yang beragama insyaallah selamat namun jika itu jodohnya...layankan sahaja ketentuaNya...mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu tersembunyi disebaliknya...sabar adalah jambatan kejayaan namun sabarlah sifat terpuji yang amat payah kita jangkakan hayatnya

Semua isteri mahu rasa dihargai..disayangi..dihormati..dilindungi namun memang rezki koranglah sapa yang dapat mcm tu...sapa yang tak dapat...apa mau buat? Tukarlah arah cintamu kepada cintaiNya..nescaya kita akan dapat semua yang kita nak kerana cinta dunia adalah pinjaman semata...cinta akhirat adalah sempurna dan kekal..lumrah manusia memerlukan cinta manusia kerana dengan itu hidup kita akan lebih bersemangat dan gembira....tak semua yang kita nak akan dapat kerana kita bukan penentu hidup..Dialah pengatur hebat dunia dan akhirat...taatlah kepadaNya dan rasulNya...susah nak buat...memang susah tp istiqamah..insyaallah dan serahlah diri bulat2 kepadaNya

Wanita pilihan lelaki

http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/03/tanda-tanda-sifat-wanita-baik-solehah.html

Aku masih tidak tergolong di dalam tanda2 tersebut...masih mencuba utk menjadi top ten kot...

Aku tidak melangkah pergi namun aku telahpun berlari

By RMJ
Tidak berlari tidak semestinya aku tidak pergi


















Sebagai manusia kita berhak memilih..bahagia atau derita..namun caranya bagaimana?  Solat isthikarah adalah jalan terbaik...kadang peristiwa yang berlaku di sekeliling kita telahpun menunjukkan apa yg patut kita buat atau petunjuk dariNya membuatkan jalan hidup kita mudah untuk memilih yang mana.

Aku keliru...betulkah aku berada di tempatnya...haruskah aku ada di sini...bolehkah aku teruskan perjalanan ini...aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ni...terusan aku mohon petunjuk namun Dia masih slowly beri apa yang aku minta akibatnya aku harus bersabar sehingga Dia melabuhkan pemberianNya.  Aku ingin berlari sebenarnya dari semua ini namun nama pun makhlukNya..mana lagi aku nak lari...aku pernah berlari dulu dan aku mengharunginya dengan penat dan sesak nafas tapi aku tawakkal padaNya...alhamdulillah..aku berjaya..aku tenang dengan rutin harianku...amalanku semakin bertambah baik...sesungguhnya aku tenang namun Allah berikannya sekejap sahaja kerana ujianku datang lagi...wow..manusia mcm aku ni selalu diuji tapi aku yang tak sabar

Dia berikan aku ujian lagi...aduh...aku seolah terduduk buat kali kedua...merangkak lagi membaca aturanNya...apa yg patut aku buat..aku telah tersalah pilih ke...camne ni....Allah bantulah aku...hamba yang hina ini...sentiasa melanggar perintahMu...Dia tak kedekut...ada je Dia bagi..ujian dan hikmah tapi aku ni selalu lupa...cantik Dia menyusun takdirku...indah sungguh aturanNya...dan sekali lagi aku cuba berlari sekencang yang boleh namun Dia tau..Maha Tahu...aku tak terlepas kali ni..masih mengharapkan belas kasihanNya

Thursday, 17 July 2014

Biarkan ia berlalu pergi...

Kenapa hati ini terasa mahu lari dari realiti di depan mata..kenapa diri ini terasa sedih dengan permainan hidup yang tidak pasti sampai bila.

Adakah aku akan lebih tenang tanpa realiti tersebut...ciptaan Allah yang telah membuatkan aku rasa lebih terpuruk dan merunduk kepadaNya...walaupun begitu aku masih rasakan bahawa aku perlu lakukan sesuatu untuk perubahan yang lebih positif...merayu..memohon kepadaNya masih tidak putus namun apakan daya..aku insan yang masih keliru membezakan yang mana lurus yang mana hasutan syaitan....Allahu Akbar

Pandangan..nasihat...sokongan semua kata-kata murni yang dilemparkan oleh rakan taulan memang tidak putus...seperti ada yang faham dan seperti ada yang putus asa dengan tadbirku...tadbir mengatasi takdir...itulah yang aku fahamkan sekarang ini

Perlukan aku berterus terang apa yang tersimpan di dalam hati ini...telah ku peram lama takut menjadi nanah ..masih ku cuba untuk melontarkannya ke sudut yang paling dalam di daerah hati ini ...dapat ku rasakan taman hatiku semakin suram kerana aku yang menciptanya begitu..bagaimana lagi harus ku perjuangkan agar taman itu segar...indah semula seperti sebelum ini.  Aku umpama mujahid yang sedang bermujahadah di medan tempur yang aku sendiri tidak tahu penghakhirannya..berjayakah aku berjuang tanpa kelengkapan asas..hanya Dia yang tahu masa depanku ..hanya Dia yang merencanakan apa yang akan berlaku...segalanya Dia yang menentukan perjalanan hidupku.

Merenung masa depan...adakah aku masih di pelantar harapan menanti kedatangan sesuatu yang tak pasti kunjung tiba agar taman hatiku berubah dipenuhi dengan kewangian dan keindahan...aku masih mencari sisa kekuatan dalam diri agar tidak terjunam ke dasar lautan...melayang ditiup angin waktu tanpa henti...sampai bila hendak memaksa diri kerana orang lain yang belum tentu tau siapa dirinya dalam hidupku..aku kah yang kecundang kerana pengorbanan yang aku sendiri rasa berjaya atau tidak ditakrifkan seperti serikandi2 islam yang lain...wallahualam



Monday, 16 June 2014

Pagi ini semasa tengah memanaskan enjin kereta..aku terpaku dengan satu kejadian di depan mataku sendiri...begitu khusyuk sehingga aku lupa untuk merakamkan kebesaranNya.  Ada orang berkata...cara pokok berzikir adalah dengan menggoyangkan dahan or daunnya...wallahualam tapi apapun aku amat bersyukur kerana seawal pagi Allah telah menyejukkan hatiku dengan menyaksikan kehebatanNya sebagai Pencipta.  Daun keladi berzikir..subhanallahhh...aku memerhatikan daun2 lain or pokok2 lain kerana takut aku berhalusinasi..sememangnya yang lain bergoyang namun tak serancak si daun keladi ini..begitu rancak dan khusyuknya dia memuji Allah dan aku plak terpaku memandang macam dapat tengok lelaki paling hensem di dunia..Allahu Akbar.

Malam harinya aku telah bergundah gulana namun Allah telah menceriakan pagiku dan meninggalkan kenangan yang sungguh indah dalam lipatan ingatan..dapat menyaksikan si daun yang berzikir seolah kepala manusia yang sedang berdikir ke kiri ke kanan...alhamdulillah..indahnya...apabila ku khabarkan kepada teman-teman ada yang mengatakan aku dapat makrifat...apapun terima kasih Ya Allah...Kau sememangnya menjagaku dan mengasihiku...aku dilukai manusia dan Kau menyembuhkannya dengan kasih sayangMu yang kekal..bertuahnya pacal yang hina ini mendapat perhatianMu seawal pagi Selasa 17 Jun 2014..aku bukan manusia hebat kerana dapat menyaksikan kejadianNya namun itu adalah peringatan bahawa aku kurang mengingati Allah...Allahhhhh....