Monday, 16 June 2014

Pagi ini semasa tengah memanaskan enjin kereta..aku terpaku dengan satu kejadian di depan mataku sendiri...begitu khusyuk sehingga aku lupa untuk merakamkan kebesaranNya.  Ada orang berkata...cara pokok berzikir adalah dengan menggoyangkan dahan or daunnya...wallahualam tapi apapun aku amat bersyukur kerana seawal pagi Allah telah menyejukkan hatiku dengan menyaksikan kehebatanNya sebagai Pencipta.  Daun keladi berzikir..subhanallahhh...aku memerhatikan daun2 lain or pokok2 lain kerana takut aku berhalusinasi..sememangnya yang lain bergoyang namun tak serancak si daun keladi ini..begitu rancak dan khusyuknya dia memuji Allah dan aku plak terpaku memandang macam dapat tengok lelaki paling hensem di dunia..Allahu Akbar.

Malam harinya aku telah bergundah gulana namun Allah telah menceriakan pagiku dan meninggalkan kenangan yang sungguh indah dalam lipatan ingatan..dapat menyaksikan si daun yang berzikir seolah kepala manusia yang sedang berdikir ke kiri ke kanan...alhamdulillah..indahnya...apabila ku khabarkan kepada teman-teman ada yang mengatakan aku dapat makrifat...apapun terima kasih Ya Allah...Kau sememangnya menjagaku dan mengasihiku...aku dilukai manusia dan Kau menyembuhkannya dengan kasih sayangMu yang kekal..bertuahnya pacal yang hina ini mendapat perhatianMu seawal pagi Selasa 17 Jun 2014..aku bukan manusia hebat kerana dapat menyaksikan kejadianNya namun itu adalah peringatan bahawa aku kurang mengingati Allah...Allahhhhh....

No comments:

Post a Comment